Sila kunjungi laman utama kami untuk lebih banyak maklumat dan gambar-gambar:-

portalpangkor.com


Burung enggang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

 

Kota Belanda (gambar atas) dan Batu Bersurat (gambar bawah) adalah tinggalan sejarah yang terdapat di sana.

 

 

Replika Tembok Besar Cina yang sering menjadi kunjungan.

 

Bot Trip sekitar Teluk Nipah...

 

... dan snorkeling di Pulau Giam (Coral Island).

 

atau main jetski.

 

Jungle trekking

 

Berbasikal

 

Pukat tarik.

 

Pengangkutan

Feri Lumut - Pulau Pangkor.

 

Teksi van Pulau Pangkor

 

Kejernihan pantai Teluk Nipah.

 


 Anda pengunjung ke 

hit tracker

pulau pangkor apartment : pulau pangkor resort : pulau pangkor chalet : pulau pangkor hotel


Pulau Pangkor / Pangkor Island

 

Pulau Pangkor / Pangkor Island sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.


Pasir Bogak dilihat dari udara

 

Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor / Pangkor Island menyediakan penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti restoran, disko serta kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat popular di kalangan para pelancong dalam negeri. Pantainya panjang dan dilindungi pepohon rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai dan mandi laut. Di sini terdapat hotel bertaraf sederhana seperti CORAL BAY RESORT dan PUTERI BAYU RESORT.

Terus ke Laman Pasir Bogak


Pemandangan Teluk Nipah memperlihatkan kawasan chalet
serta Pulau Mentangor dan Pulau Giam.

 

Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island pula menyediakan penginapan chalet yang sungguh ekonomi. Chalet-chalet yang terdapat di sini termasuklah PALMA BEACH RESORT, NIPAH WATERFRONT, PURNAMA BEACH RESORT dan banyak lagi. Pantai Teluk Nipah adalah impian mereka yang ingin bercuti, berehat dalam suasana tenang dan damai. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini kami menawarkan pelbagai pakej istimewa kepada anda. Kunjungilah Pulau Pangkor... tak kenal maka tak cinta.

Terus ke Laman Teluk Nipah


Pantai Teluk Nipah -- rupa seindah khabar

 

Pangkor Services mengendalikan tempahan penginapan & menguruskan pakej-pakej percutian di Pulau Pangkor.

Terus ke Laman Pakej


Peta Pulau Pangkor

Maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi:-
FARID: 013-3788851, 019-5634777
YATI: 013-3323677, 017-5522177

FAX 03-32248206
pangkorholiday@yahoo.com